Kumpulan

Kelas Berkumpulan NESE On-Line merupakan kelas yang betul-betul serupa (+ mata pelajaran tambahan) dengan yang diambil oleh pelajar di NESE, Harvard Square. Sama seperti di NESE, Harvard Square, pelajar mengikut jadual yang ditetapkan dan mempunyai tarikh mula dan tamat. Jelas sekali, pengalaman belajar dalam talian adalah sedikit berbeza berbanding kelas tradisional. Namun, anda akan diajar oleh barisan guru luar biasa yang sama, belajar daripada kurikulum yang memenangi anugerah yang sama dan berpeluang merasai pengalaman serupa juga seperti yang dialami oleh pelajar dari seluruh dunia di Harvard Square – satu Peluang Luar Biasa untuk Mempelajari Bahasa InggerisTM – namun kini, anda tidak lagi mengalami gangguan ritma harian! Sila klik di sini untuk melihat senarai kelas luar biasa yang kini tersedia.

NESE On-Line menawarkan pelbagai kelas berkumpulan langsung termasuk kursus Tatabahasa & Simpulan Bahasa 10 tahap kami dan kursus Berbual & Mendengar 10 tahap kami (serta kursus Tatabahasa & Simpulan Bahasa + Berbual & Mendengar), Persediaan untuk TOEFL dan Kursus persediaan IELTS kami dan Kelab Sejarah terkenal kami, yang merupakan sebahagian daripada contoh. Sila semak imbas senarai kursus kami untuk melihat senarai lengkap kursus dan harap maklum bahawa lebih banyak kursus akan ditambah secara berterusan.

Belajar Sendiri   Kelas Persendirian   Kelas Berkumpulan   Ringkasan: Kelas Berkumpulan

Ini bergantung kepada kursus tersebut. Sebahagian kelas memerlukan pelajar menghabiskan kerja sekolah dan tidak bagi beberapa kelas yang lain (contohnya, pelajar kursus sebutan tidak akan diberikan kerja sekolah). Jika anda diberi kerja sekolah, guru anda akan sentiasa menyemaknya bersama-sama dengan anda.

Kehadiran anda akan direkod, proses biasa yang dilaksanakan oleh semua program akademik yang mantap. Kami berharap anda tidak akan terlepas sebarang kelas, tetapi kami juga faham seperti yang dikatakan oleh ibu Anna Shine (pengasas NESE), “Dalam hidup, kita pasti akan berhadapan dengan halangan”. Dalam erti kata lain, kami faham sekiranya anda tidak dapat hadir. Dalam situasi ini, guru anda pasti akan memberitahu anda tentang maklumat yang anda terlepas dan anda boleh mempertimbangkan untuk mengikuti kelas persendirian untuk membantu anda mendapatkan kembali ilmu yang tertinggal. Kami hanya ingin memastikan anda berjaya lulus semua kuiz dan peperiksaan akhir anda – dan mendapat sijil.

Anda akan menerima makluman “lulus/gagal” dalam semua kelas anda. Syarat untuk lulus, anda mesti membuuat kerja sekolah anda (jika anda diberikan kerja sekolah), mengambil bahagian dalam aktiviti kelas dan lulus ujian yang berikan.

Purata pelajar dalam kelas berkumpulan NESE On-Line ialah 8 orang. Walau bagaimanapun, beberapa kelas adalah lebih kecil (kadangkala hanya terdapat 2 pelajar di dalam satu kelas!) manakala beberapa kelas lebih besar sedikit. Anda akan diyakinkan bahawa kami memahami kepentingan saiz sesebuah kelas bagi pelajar kami - dan anda akan diyakinkan bahawa perkara ini juga amat penting bagi kami.

Setiap kelas berkumpulan berbeza. Sebahagian daripadanya hanya melibatkan kelas yang berlangsung selama 50 minit, sementara yang lain berlangsung selama 9 minggu. Waktu kelas akan sentiasa disenaraikan dalam penerangan kursus. Selain itu, sebahagian kelas hanya diadakan sekali setiap minggu, sementara yang lain diadakan dua atau tiga kali setiap minggu. NESE On-Line telah berusaha memberikan anda senarai pilihan yang lengkap dari segi waktu kelas, kekerapan setiap minggu dan tempoh kursus. Jika anda mempunyai sebarang permintaan khusus, sila beritahu kami. Kami sukakan permintaan!