Dasar Privasi

Notis privasi ini mendedahkan amalan privasi untuk www.nese.edu. Notis privasi ini terpakai semata-mata untuk maklumat yang dikumpulkan oleh laman web ini.

Laman web ini mengandungi pautan kepada laman web lain. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau amalan privasi laman web lain. Kami menggalakkan pengguna kami untuk berhati-hati ketika mereka meninggalkan laman web kami dan membaca pernyataan privasi mana-mana laman web lain yang mengumpulkan maklumat peribadi yang dapat dikenal pasti.

 

Pengumpulan Maklumat, Penggunaan dan Perkongsian

Kami adalah pemilik tunggal maklumat yang dikumpulkan di laman web ini. Kami hanya mempunyai akses kepada maklumat dan mengumpulkan maklumat yang anda berikan secara sukarela kepada kami melalui laman web, melalui e-mel, atau melalui hubungan langsung lain daripada anda. Kami tidak akan menjual atau menyewakan maklumat ini kepada mana-mana individu.

Kami akan menggunakan maklumat anda untuk memberi balasan kepada anda tentang sebab anda menghubungi kami. Kami tidak akan berkongsi maklumat anda dengan mana-mana pihak ketiga di luar daripada organisasi kami, selain daripada yang diperlukan untuk memenuhi permintaan anda, contohnya untuk memproses permohonan anda. Melainkan anda tidak memberi keizinan, kami mungkin akan menghubungi anda melalui e-mel pada masa akan datang untuk memberitahu anda tentang produk atau perkhidmatan, atau perubahan kepada dasar privasi ini.

Kami menggunakan syarikat pemprosesan kad kredit luar untuk mengebil pelajar bayaran kelas. Syarikat ini tidak menyimpan, berkongsi, mengumpul atau menggunakan maklumat peribadi yang dapat dikenal pasti untuk tujuan sekunder selain daripada memproses pembayaran anda. Syarikat pemprosesan kad kredit tidak akan menghantar maklumat kad kredit anda kepada kami.

 

Akses Anda kepada dan Pengawalan Maklumat

Anda boleh memilih untuk tidak melayan mana-mana panggilan daripada kami pada masa hadapan, bila-bila masa sahaja. Anda boleh melakukan perkara berikut dengan menghubungi kami melalui alamat e-mel atau nombor telefon di bawah:

  • Melihat data anda dalam simpanan kami, jika ada.
  • Menukar/membetulkan setiap data anda dalam simpanan kami.
  • Menyatakan apa-apa kebimbangan terhadap penggunaan data anda oleh pihak kami.

 

Keselamatan

Kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi maklumat anda. Apabila anda menghantar maklumat sensitif melalui laman web, maklumat dalam talian dan luar talian anda dilindungi.

Semasa kami mengumpulkan maklumat sensitif, maklumat tersebut disulitkan dan dihantar kepada kami dengan cara yang selamat.

Kami juga melindungi maklumat di luar talian anda. Hanya kakitangan yang memerlukan maklumat untuk melaksanakan proses tertentu (contohnya, pengebilan atau perkhidmatan pelanggan) yang diberi akses kepada maklumat peribadi yang dapat dikenal pasti. Komputer/pelayan yang menjadi lokasi penyimpanan maklumat peribadi yang dapat dikenal pasti diletakkan di tempat yang selamat.

If you feel that we are not abiding by this privacy policy, you should contact us immediately via telephone at (617) 864-7170 or via e-mail.