NESE, Harvard Square ditubuhkan pada tahun 1990. Sebenarnya dari dahulu lagi saya menolak untuk menyertai sekolah dalam talian kerana saya percaya bahawa tiada yang dapat menandingi kuasa pembelajaran di kelas sebenar. Saya sentiasa percaya bahawa pembelajaran terbaik adalah melalui interaksi peribadi (secara fizikal) di antara guru dengan muridnya, interaksi yang membolehkan kita menunjukkan kepada pelajar bahawa kita mempercayainya dan bahawa kita tidak akan pernah berputus asa untuk mengajarnya, bahawa kita sanggup menyeberangi jambatan dan menuju kepadanya - untuk membimbingnya di sepanjang perjalanan menuju kejayaan yang diimpikan. Saya selalu percaya bahawa melalui hubungan yang terjalin dengan pelajar-pelajar seperti ini, kami dapat membantu mereka menjadi yang terbaik.

Saya pernah terfikir, mana mungkin sekolah dapat diadakan di dalam talian? Saya juga maklum walaupun keajaiban yang diwujudkan oleh seorang guru hebat di bilik darjah tradisional tidak dapat dicipta semula dengan cara yang sama dalam talian. Segala ikhtiar yang dilakukan untuk menyediakan program dalam talian NESE, kita juga sedaya upaya berusaha mewujudkan elemen keajaiban sepertimana yang tercipta di kelas tradisional. Setiap aspek NESE On-Line secara langsung benar-benar menyerupai NESE, Harvard Square, daripada penyediaan guru yang berkualiti tinggi hingga kepada kurikulum yang luar biasa. Saya dengan bangga mengatakan bahawa NESE On-Line bukan hanya satu lagi program dalam talian yang lain, tetapi sebaliknya, sekolah - sekolah anda, NESE - kebetulan berada dalam talian.

  • Program yang dibangunkan oleh Tenaga Pengajar Kelulusan Harvard Yang Juga Merupakan Pengasas NESE, Harvard Square.
  • Berdasarkan Kurikulum Yang Memenangi Anugerah dan menjadi kegemaran Pelajar di NESE, Harvard Square sejak tahun 1990.
  • Semua Guru Merupakan Penutur Bahasa Inggeris Asli
  • Tatabahasa & Simpulan Bahasa, Berbual & Mendengar, Membaca & Menulis, Bahasa Inggeris Perniagaan, TOEFL, IELTS, Bahasa Inggeris Perundangan, Bahasa Inggeris Perubatan, Bahasa Inggeris Penerbangan + Banyak Lagi Pilihan!
  • 10 Tahap
  • Pensijilan yang Dianugerahkan