NESE, Harvard Square

Mempelajari Bahasa Inggeris dalam talian sudah tentu berkesan dan menyeronokkan. Walau bagaimanapun, tidak ada yang dapat menandingi pengalaman pergi ke negara lain untuk mempelajari bahasanya - dan sudah tentu, budayanya. Selain memperoleh peluang luar biasa, masa yang dihabiskan di luar negara merupakan cara yang sangat berkesan untuk mencapai matlamat linguistik anda. Oleh itu, kami mengundang anda ke Amerika Syarikat - dan ke NESE, Harvard Square - bagi menikmati Peluang Luar Biasa untuk Mempelajari Bahasa Inggeris ™.

The New England School of English ditubuhkan dan masih dikendalikan oleh tenaga pengajar. Pendekatan unik NESE berdasarkan kepada kajian pendidikan, keputusan analisis yang dihasilkan oleh pengasas NESE (dan presiden terkini) semasa melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Harvard University’s Graduate School of Education. Pemerhatian beliau terhadap persekitaran sekolah dan bilik darjah yang berkesan membolehkannya mewujudkan program NESE, Harvard Square dan NESE On-Line, yang berpandukan kepada:

  • komitmen untuk cemerlang di dalam kelas
  • sikap menghormati orang lain
  • kepercayaan terhadap kemampuan setiap pelajar untuk berjaya
  • pengiktirafan bahawa setiap keperluan khusus dan matlamat pelajar adalah merupakan ciri penting untuk mencapai kejayaan

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Dengan memberi penekanan pada kecemerlangan, NESE telah diiktiraf sebagai peneraju dalam bidang Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua secara konsisten.

Sumbangan setiap individu dalam pasukan kami telah menjadikan NESE sekolah luar biasa yang dicari untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Daripada guru hingga ke kakitangan, kami semua komited untuk menawarkan kepada setiap pelajar persekitaran sekolah yang luar biasa, mencabar, menyeronokkan dan memberikan sokongan penuh kepada pelajar kami.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

NESE terletak di Harvard Square di Cambridge/Boston, berdekatan dengan Universiti Harvard dan MIT, antara dua universiti terbaik dunia. Harvard Square merupakan pusat tumpuan aktiviti pelajar dan salah sebuah pusat pelajar yang paling menarik dan dinamik di Amerika Syarikat. 'The Square', direka untuk memenuhi keperluan dan rekreasi pelajar, dikelilingi kafe, restoran, kedai buku dan butik. Kuliah universiti hanya beberapa langkah dari sini, filem klasik dan terkini yang ditawarkan hanya terletak di seberang jalan, teater dan konsert hanya di penghujung jalan dan alunan muzik kedengaran di jalanan dan juga taman. Anda boleh meneruskan perkara yang anda minati di Harvard Square.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Hasil kecemerlangannya, NESE telah diperakui dan ditauliahkan oleh beberapa organisasi yang berbeza. Namun, bagi kami, tiada pengiktirafan yang lebih bermakna daripada ratusan testimonial indah yang dihantar oleh pelajar ke sekolah pada setiap tahun. Klik di sini untuk membaca sebahagian daripadanya.