Kelas untuk Warga Emas

Seperti yang kita semua ketahui, perkataan, "Warga Emas" membawa maksud berusia, tetapi juga bererti memiliki kebijaksanaan untuk menilai pilihan yang lebih penting, minat terhadap cabaran baharu dan keyakinan untuk menghadapi cabaran tersebut.

Pencapaian mengagumkan yang telah berjaya dilaksanakan oleh warga emas di seluruh dunia

  • Nelson Mandela menjadi Presiden Afrika Selatan pada usia 75 tahun
  • Ibu Teresa menerima Hadiah Nobel Keamanan pada usia 79 tahun
  • Mahatma Gandhi memimpin Salt March ketika berusia 61 tahun
  • Deborah Shine menulis bukunya yang ke-72 ketika berusia 83 tahun
  • Teiichi Igarashi mendaki Gunung Fuji, pada usia 100 tahun
  • John Glenn pergi ke angkasa pada usia 77 tahun
  • Ian Shine menerima patennya yang ke-14 ketika berusia 86 tahun
  • Keiko Fukuda terus mengajar kelas judo dan seni mempertahankan diri walaupun sudah berusia 98 tahun

Ya, memang boleh. Banyak kajian menunjukkan bahawa semua orang daripada pelbagai peringkat umur boleh mempelajari bahasa baharu. Selain itu, banyak manfaat yang bakal anda perolehi sekiranya anda warga emas yang mempelajari bahasa baharu:

  • Belajar amat baik untuk perkembangan otak. Pelbagai kajian jelas menunjukkan bahawa, dalam semua peringkat umur, belajar dapat memastikan otak berfungsi pada tahap tinggi.
  • Otak berfungsi seperti otot. Mempelajari bahasa baharu mendorong otak untuk bekerja lebih keras dalam memaksimumkan fungsinya.
  • Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran yang berterusan dapat memperlahankan kesan penyakit Alzheimer.
  • Dwibahasa baik untuk kesihatan otak. Seseorang dengan kemahiran dwibahasa tidak akan menderita penyakit demensia pada usia yang dijangkakan berbanding mereka yang hanya bertutur dalam satu bahasa.
  • Penyelidikan mengesahkan bahawa beralih daripada satu bahasa ke satu bahasa lain menggunakan bahagian utama otak dikaitkan dengan penurunan ke atas pengurangan kognitif.
  • Belajar dapat meningkatkan interaksi sosial, yang seterusnya dapat membantu menambahbaik kesejahteraan warga emas secara umumnya.

NESE On-Line menerima pelajar yang berumur 70 tahun ke atas untuk mengikuti kelas ini. Kami menawarkan diskaun 5% kepada pelajar yang berumur 80 tahun ke atas.

NESE memahami, sebagai warga emas, anda mempunyai keperluan dan matlamat yang unik - dan, selalunya, masa yang terhad. Atas sebab ini, kami telah mewujudkan satu program yang tidak hanya sensitif terhadap cara pembelajaran orang dewasa, tetapi juga, peka terhadap kenyataan yang anda mungkin tidak mempelajari sesuatu yang baharu selama bertahun-tahun. Hasilnya, warga emas mempunyai pilihan untuk mengikuti kelas sesi pendek yang berlangsung selama 25 minit. Sudah tentu, jika anda ingin menggabungkan sesi dan belajar selama 50 minit, anda dialu-alukan untuk melaksanakannya.

Kelas persendirian untuk warga emas berlangsung selama 25 minit.

Ya, sudah tentu! Mempelajari bahasa baharu bersama rakan merupakan aktiviti berkumpulan yang menakjubkan. Sebagai contoh, jika anda dan beberapa rakan merancang untuk pergi melancong bersama, anda tentu sahaja boleh mengikuti kelas "Bahasa Inggeris untuk Pelancongan".

Kami menggunakan pelbagai bahan termasuk bahan yang telah direka sendiri oleh NESE, begitu juga beberapa buku bahasa Inggeris yang terkenal dalam bidang ini. Seperti yang anda bayangkan, guru anda akan menyesuaikan bahan yang digunakan mengikut kebolehan khusus dan matlamat individu tersebut.

Sama seperti doktor membuat diagnosis daripada sampel darah, kami perlu mengetahui tahap Bahasa Inggeris anda dengan terperinci - supaya kami dapat mengajar anda dengan lebih berkesan. Adalah mustahil untuk gagal dalam ujian penempatan, oleh itu anda tidak perlu berasa gementar.

Semua guru kami mempunyai pengalaman yang luas. Sebahagian daripada mereka mengkhusus kepada mengajar kanak-kanak, sesetengahnya mengajar orang dewasa dan selebihnya mengajar warga emas. Selain itu, semua guru NESE On-Line perlu melalui latihan ketat dan pemeriksaan latar belakang NESE On-Line.