Sistem Belajar Sendiri

Kebanyakan di antara kita mempunyai masa yang terhad dalam sehari untuk melaksanakan perkara di luar kewajipan, dan NESE memahami situasi ini. Ini merupakan sebab utama kami mewujudkan Sistem Belajar Sendiri NESE On-Line. Sistem ini membolehkan anda menyertai kelas - menggunakan kurikulum pemenang anugerah yang juga digunakan oleh pelajar di kelas langsung kami - tetapi mengikut jadual pilihan anda sepenuhnya. Seterusnya, anda boleh belajar mengikut kadar kelajuan yang anda mahukan, contohnya mempelajari Bahasa Inggeris selama 2 jam dalam satu hari dan hanya 20 minit pada hari berikutnya. Semuanya bergantung kepada anda.

Terdapat 10 tahap.

Tidaklah. Sistem Belajar Sendiri direka sebagai satu sistem langganan, yang bermaksud anda membayar yuran setiap bulan. Bayaran yang ditetapkan ini memberikan anda akses tanpa had kepada seluruh program (berdasarkan kurikulum yang kami gunakan di kelas langsung kami). Di setiap tahap, anda akan menonton siri video dan melengkapkan latihan interaktif serta kuiz yang diperlukan (yang akan ditanda dan diberi markah). Kemudian, apabila anda telah memenuhi semua syarat untuk melepasi tahap tersebut, anda boleh mengambil peperiksaan tahap akhir. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh melangkah ke tahap seterusnya setelah anda lulus – sudah tentulah!

NESE On-Line menawarkan empat tahap langganan yang berbeza. Tahap asas (Tahap A) tidak termasuk mana-mana kelas langsung dalam bayaran bulanan. Semua tahap lain termasuk kelas langsung tambahan, yang telah direka untuk memperhalus dan memperkukuh pengajian anda. Tahap B termasuk 4 kelas berkumpulan langsung setiap bulan. Tahap C termasuk 4 kelas persendirian langsung setiap bulan sementara Tahap D termasuk 4 kelas berkumpulan langsung dan 4 kelas persendirian langsung setiap bulan. Dengan kedua-dua tahap langganan, anda boleh membeli kelas langsung atau kelas berkumpulan tambahan yang anda inginkan dan anda akan mendapat diskaun sebanyak 5%!

Semua guru yang mengajar anda merupakan guru semasa ataupun yang pernah mengajar di NESE. Mereka semua mempunyai pengalaman mengajar selama bertahun-tahun, baik di NESE mahupun dalam program di luar daripada NESE. Majoriti guru (80%) memiliki ijazah daripada The Harvard Graduate School of Education.

Sebelum anda memulakan Sistem Belajar Sendiri NESE On-Line, anda perlu mengambil ujian penempatan. Hasil ujian anda akan menentukan tahap yang paling sesuai untuk anda memulakan pengajian dan tahap ini akan menjadi titik permulaan anda. Walau bagaimanapun, jika anda berdepan dengan satu bahagian tatabahasa yang sukar, anda hanya boleh menggunakan alat carian NESE On-Line untuk menonton video dengan tahap yang lebih rendah daripada bahagian tatabahasa tertentu - seberapa banyak kali yang anda mahukan.

Anda boleh menonton video - dalam tahap anda atau tahap yang lebih rendah - seberapa banyak kali yang anda mahukan. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza manakala sebilangan daripada mereka memahami sesuatu dengan lebih cepat berbanding yang lain. Perkara ini yang mendorong kami untuk mencipta sistem yang membolehkan anda menonton video seberapa banyak kali yang anda mahukan. Guru-guru NESE On-Line dan anda berkongsi matlamat yang sama - kejayaan anda.

Terdapat beberapa pilihan:

Anda boleh mengikuti Kelas Berkumpulan Langsung dan Peribadi NESE On-Line. Terdapat banyak pilihan untuk dinikmati!

Semak Imbas Kursus

Sistem langganan merupakan sistem pembaharuan automatik. Anda boleh membatalkannya hanya selepas satu bulan. Tiada jumlah minimum bulan yang anda wajib melanggan.

Ya. Anda akan menerima sijil selepas anda berjaya melengkapkan setiap tahap.