Maklumat Peribadi

Sebahagian daripada guru NESE On-Line merupakan guru sama yang mengajar di NESE, Harvard Square. Sudah tentu, tidak semua yang tidak mengajar di NESE, Harvard Square. Walau bagaimanapun, semua guru NESE On-Line adalah penutur Bahasa Inggeris asli yang telah menunjukkan bahawa mereka memenuhi standard tinggi NESE dan semua guru NESE On-Line telah dilatih oleh NESE.

Bagi mereka yang pernah belajar di NESE, Harvard Square, anda tahu bahawa NESE yang menyediakan kelas bahasa dianggap sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di dunia. Pujian besar ini seharusnya diberikan kepada guru-guru NESE. Mengajar dalam talian tidak akan mengubah kualiti guru kita - hanya "bilik darjah" mereka sahaja.

Satu soalan yang baik! Walaupun semua guru NESE On-Line adalah penutur asli, tidak semua yang mempunyai loghat Amerika. Dunia hari ini saling berkait. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk anda mempelajari cara memahami Bahasa Inggeris yang dituturkan dalam loghat yang berbeza. Jika anda hanya memahami Bahasa Inggeris Amerika atau hanya memahami Bahasa Inggeris Australia, sebagai contoh, (yang hampir serupa), kebolehan anda agak terhad jika dibandingkan dengan mereka yang memahami pelbagai loghat. Matlamat kami adalah untuk memberikan anda alat Bahasa Inggeris yang dapat menyumbang kepada kejayaan anda dan dengan mendedahkan anda kepada penutur asli daripada pilihan yang luas, inilah alat terbaik yang kami tawarkan kepada anda.

Dalam semua kelas langsung, anda akan dapat melihat dan bercakap dengan guru anda. Apabila guru anda menulis di "papan" kelas, anda dapat melihat dengan segera maklumat yang ditulis. Ini merupakan perkara terbaik seterusnya untuk terbang ke NESE, Harvard Square dan menghadiri kelas di Harvard Square!

NESE amat mengesyorkan pelajar untuk mendaftar bagi gabungan kelas berkumpulan dan kelas persendiran. Dengan berbuat demikian, anda akan memperoleh manfaat terbaik daripada dua persekitaran akademik yang saling melengkapi dan berpeluang menggunakan Bahasa Inggeris dalam kedua-dua tetapan tersebut.

Ya, benar. Kami perlu memastikan bahawa anda berada di tahap yang betul supaya anda dapat memaksimumkan manfaat daripada pengajian anda. Sama seperti doktor membuat diagnosis daripada sampel darah, kami perlu mengetahui tahap Bahasa Inggeris anda dengan terperinci - supaya kami dapat mengajar anda dengan lebih berkesan. Adalah mustahil untuk gagal dalam ujian penempatan, oleh itu anda tidak perlu berasa gementar.

Selain itu, jika anda merancang untuk mengikuti kelas persendirian, adalah penting bagi pengajar anda untuk mengetahui tahap sebenar anda supaya beliau dapat merancang kelas anda sewajarnya. Setelah mendaftar, anda akan mengambil ujian penempatan anda.

NESE menawarkan 10 tahap kursus dalam kebanyakan kelasnya. Bagi mengikuti beberapa kelas (seperti TOEFL atau Bahasa Inggeris Perniagaan) pelajar perlu mencapai sekurang-kurangnya kemahiran yang diperlukan. Tahap kemahiran yang diperlukan untuk setiap kelas telah dinyatakan dengan jelas.

Sesetengah kelas dalam talian, tetapi tidak semua, memerlukan buku teks. Jika kelas anda memerlukan buku teks, buku tersebut tersedia untuk dibeli secara dalam talian, kebiasaannya dibeli terus daripada penerbit sebelum kursus anda bermula. Bayaran untuk buku anda adalah caj tambahan dan harganya lebih kurang US$40 untuk setiap kursus. (Harap maklum bahawa tidak semua kursus memerlukan buku teks.) Kami memohon maaf di atas harganya. Memandangkan semua buku teks tersebut dalam bentuk digital, kami menjangkakan harganya lebih murah daripada versi cetakan. Walau bagaimanapun, penerbit meletakkan harga e-buku lebih kurang sama seperti harga buku yang dicetak! Program langganan belajar sendiri interaktif tidak memerlukan buku teks.

Jika kursus anda memerlukan buku teks, anda akan menerima e-mel yang akan memberikan anda maklumat tentang pembelian.

Ya, sudah tentu. Walau bagaimanapun, seperti di NESE, Harvard Square, anda mesti sentiasa menghadiri kelas, mengambil bahagian dalam aktiviti kelas, membuat kerja sekolah anda dan lulus dalam mana-mana ujian. Jika anda memilih pilihan langganan belajar sendiri, sijil akan diberikan selepas anda lulus setiap tahap kursus. Anda tidak akan diberikan gred di mana-mana kelas; Sebaliknya, anda akan menerima makluman “lulus/gagal”.

Ya, benar. Sistem NESE On-Line berfungsi pada desktop, komputer riba, tablet dan pada telefon pintar anda. Kami mengesyorkan anda menggunakan set kepala supaya anda dapat mendengar guru anda dengan jelas.

Kami menyedari bahawa banyak sekolah menawarkan kelas dalam talian persendirian, maka dengan ini, kami amat berbesar hati sekiranya anda berminat untuk mengikuti kelas persendirian dengan NESE On-Line. Kami juga sedar bahawa beberapa sekolah menawarkan kelas dalam talian dengan bayaran yang amat murah, kami juga ingin melakukan perkara yang sama. Namun, kami tidak dapat memberikan anda kualiti yang anda mahukan - dan harapkan - daripada NESE, jika kami tidak memberikan guru dalam talian kami bayaran yang menarik. Maka, apabila anda melihat senarai harga NESE, harap maklum bahawa kami telah berusaha menawarkan harga terbaik yang dapat kami berikan dan pada masa yang sama, kami telah berusaha melakukan yang terbaik untuk guru kami.

Kami amat gembira kerana anda bertanya! Sila klik pada www.nese.edu untuk mengetahui tentang NESE. Sila lihat di sudut kanan laman web untuk memilih bahasa yang anda kehendaki.