Kelas untuk Kanak-kanak

Semua kelas NESE On-Line untuk kanak-kanak hanya diadakan selama 25 minit dan semua kelas direka khas mengikut ciri-ciri unik dan keperluan setiap kanak-kanak, berpandukan teras falsafah NESE:

  • Komitmen untuk cemerlang di dalam kelas
  • Penyediaan kurikulum yang mencabar dan merangsang
  • Pengiktirafan bahawa setiap pelajar yang datang untuk menuntut ilmu di NESE adalah unik dari segi kebolehan, keperluan dan matlamat mereka sendiri yang merupakan ciri penting untuk mencapai kejayaan
  • Pemahaman tentang kepentingan persekitaran pembelajaran yang selesa dan menyokong
  • Kepercayaan terhadap kemampuan setiap pelajar untuk berjaya
  • Penghargaan terhadap pengaruh serta nilai kebaikan dan belas ihsan
  • Sikap menghormati orang lain
  • Impian untuk mencipta peluang luar biasa dalam mempelajari Bahasa Inggeris

Ini bergantung kepada kanak-kanak itu. Jika anda berfikir bahawa anak anda boleh duduk diam selama 25 minit, anda tidak perlu duduk dengannya, namun untuk berada berdekatan merupakan satu idea yang baik - untuk memantau keadaan semasa.

Kami gembira kerana dapat mengajar kanak-kanak bermula daripada usia 4 tahun. Kami mendapati bahawa kanak-kanak yang berusia kurang daripada umur tersebut mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan sekiranya mereka dapat bergerak semasa belajar. Jelas sekali, platform dalam talian tidak menyediakan pilihan ini.

Kita semua, kanak-kanak dan orang dewasa, belajar melalui cara yang berbeza dan guru NESE On-Line dilatih untuk mengajar anak anda (dan sebenarnya, anda juga) menggunakan cara yang paling berkesan untuknya. Seperti yang anda baca di atas, memfokus pada pengajaran mengikut ciri unik setiap pelajar merupakan teras falsafah NESE On-Line dan sebahagian besar daripada perkara yang menjadikan program kami begitu berkesan.

Kami menggunakan bahan yang telah direka sendiri oleh NESE dan seperti yang anda bayangkan, menyesuaikan penggunaannya mengikut umur, kebolehan dan keperluan setiap kanak-kanak.

Ya - dan tidak. Dalam kelas pertama yang dihadiri oleh anak anda, anak anda akan dinilai dari segi tahap kemahirannya, kebolehannya dan cara belajarnya. Ini akan menjadi sebahagian daripada pembelajaran dan sebahagian daripada perkara yang akan dia sukai - dan, sudah tentu, sesuatu yang akan memberikan manfaat kepadanya.

Semua guru kami mempunyai pengalaman yang luas, bukan hanya mengajar Bahasa Inggeris, tetapi juga kanak-kanak, khususnya. Sebagai itu, semua guru NESE On-Line perlu melalui latihan ketat dan pemeriksaan latar belakang NESE On-Line.