Kelas Langsung

Walaupun kami percaya bahawa tiada cara yang lebih baik daripada menetap di sesebuah negara untuk mempelajari bahasanya (dan memahami budaya), NESE On-Line amat berbangga kerana dapat menganjurkan kelas langsung yang amat menyerupai kelas di NESE, Harvard Square. Anda tidak akan berada di Harvard Square, tetapi anda pasti akan berpengalaman menghadiri kelas pemenang anugerah yang berkualiti tinggi sama seperti yang dimiliki oleh kelas tradisional NESE kerana setiap aspek NESE On-Line mengikut ciri NESE, Harvard Square. Semasa anda belajar melalui NESE On-Line, daripada guru yang berkualiti tinggi hingga kepada kualiti kurikulum, anda akan mendapati bahawa situasi yang anda alami, bukan sekadar satu lagi program dalam talian yang lain, namun ini merupakan sekolah- sekolah anda - yang kebetulan berada dalam talian.

Kami sedar bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran dan objektif yang berbeza, maka kami menawarkan beberapa jenis kelas langsung yang berbeza:

  • Kelas Persendirian
  • Kelas Berkumpulan
  • Sistem Belajar Sendiri Interaktif (dengan pilihan kelas persendirian langsung tambahan)

Dalam kesemua kelas langsung di atas:

  • Anda dan guru anda akan berhadapan dan bercakap dengan satu sama lain.
  • Apabila guru anda menulis di "papan" kelas, anda dapat melihat dengan segera maklumat yang ditulis.
  • Anda dapat melihat dan bercakap dengan rakan sekelas anda yang lain (jika anda mempunyai rakan sekelas).
  • Anda boleh mengangkat tangan untuk bertanyakan soalan (tangan sebenar dan tangan digital anda).
  • Anda akan mendapat pendedahan maksimum ke atas bahan asli dengan pantas.
  • Anda pasti akan berasa sangat seronok dan memperoleh ilmu pengetahuan yang luas!

Dalam beberapa kelas langsung di atas:

  • Anda akan diberikan kerja sekolah.
  • Anda akan diberikan kuiz dan ujian.
  • Anda akan menerima buku teks. Jika kursus anda memerlukan buku teks, anda dapat melihat tajuk buku teks yang akan digunakan semasa anda mendaftar untuk kursus tersebut. Anda boleh membeli buku teks versi elektronik secara dalam talian (kebiasaannya dibeli terus daripada penerbit) atau versi cetakan daripada kedai buku tempatan (jika tersedia). Bayaran untuk buku anda adalah caj tambahan. (Harap maklum bahawa tidak semua kelas memerlukan buku teks.)