Kajian Menunjukkan...

Kajian menunjukkan bahawa banyak faedah yang dapat kita perolehi sekiranya mahir berbahasa Inggeris. Sebagai contoh, mereka yang mahir berbahasa Inggeris lebih kerap mendapat kenaikan pangkat bagi jawatan yang lebih tinggi berbanding mereka yang kurang mahir - dalam semua bidang, daripada perniagaan, pendidikan dan kerajaan kepada sains, kejuruteraan serta seni. Dalam erti kata lain, terdapat hubung kait secara langsung di antara bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan kejayaan profesional.

Namun, dalam hidup, kita mengerti bahawa kita tidak diberikan masa - atau dana - untuk pergi ke negara dengan penduduk yang bertutur dalam Bahasa Inggeris selama beberapa bulan untuk mempelajari Bahasa Inggeris secara intensif. Kini NESE menawarkan perkara kedua terbaik: "NESE On-Line". Kami amat gembira untuk membawakannya kepada anda!

Adalah wajar untuk terfikir sekiranya pembelajaran dalam talian mempunyai kesan yang sama seperti pembelajaran di bilik darjah tradisional dan ini merupakan satu soalan yang wajar untuk ditanya. Berita baik untuk anda kerana jawapannya ialah ya! Terdapat bukti yang mencukupi untuk menyokong pernyataan ini. Satu kajian1, oleh penyelidik di Harvard, MIT (Institut Teknologi Massachusetts) dan Universiti Tsinghua University membuat kesimpulan bahawa pembelajaran dalam talian mempunyai kesan yang sama seperti pembelajaran dalam kelas tradisional. Malah, kesimpulan mereka menunjukkan bahawa pelajar mendapat lebih banyak manfaat!

Walaupun kami amat yakin bahawa cara paling berkesan dan terpantas untuk mempelajari Bahasa Inggeris ialah dengan menetap di negara dengan penduduk yang bertutur dalam Bahasa Inggeris (dan bersekolah di sekolah hebat seperti NESE), anda akan diberi jaminan bahawa mempelajari Bahasa Inggeris secara dalam talian dengan NESE On-Line sentiasa menjadi pilihan terbaik.

1. Colvin, K, John Champaign, J, Liu, Zhou, Q, Fredericks, C, and E Pritchard, D 2014 'Learning in an Introductory Physics MOOC: All Cohorts Learn Equally, Including an On-Campus Class' , International Review of Research in Open and Distance Learning, 15(4). https://doi.org/10.19173/irrodl.v15i4.1902